Firasat Melayu: Tafsiran Mengenal Lelaki Dari Segi Anggotanya

KULIT

Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

RAMBUT

Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

KEPALA

Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

DAHI

Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

MATA

Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

HIDUNG

Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

MULUT

Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

BIBIR

Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

GIGI

Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

DAGU

Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

SUARA

Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.

TELINGA

Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

BAHU

Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.

BELAKANG

Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

MUKA

Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.

LEHER

Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

DADA

Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

LIDAH

Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

LENGAN

Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

TAPAK TANGAN

Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

JARI

Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

PERUT

Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

PINGGANG

Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.

BETIS

Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.

KAKI

Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

TUMIT

Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

LANGKAH

Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan. Walau bagaimana pun ini cuma merupakan falsah-falsah yang umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

Petikan dari Kitab Tajul Muluk

Firasat Melayu Lama: Tanda Alam dan Orang Melayu

Terdapat banyak kepercayaan orang Melayu yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran negatif atau positif.

KUPU-KUPU

Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai nyawanya akan berakhir tidak lama lagi. Jikalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

ANJING MENYALAK

Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orangt Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

BURUNG HANTU

Jika kedengaran bunyi burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

LANGIT CERAH DI WAKTU MALAM

Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja atau pemimpin besar sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.

KATAK

Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan. Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

KELKATU
Jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

KUCING

Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.  Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

BURUNG SESAT

Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, itu menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

KUMBANG atau BELALANG PELESIT
Jikalau kumbang atau belalang pelesit masuk ke dalam rumah, itu petanda ada benda mistik yang tidak elok bertandang.

CICAK
Cicak memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.

BINATANG MELINTAS

Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa petanda Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu petanda kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.

Kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.
Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa ‘biawak hidup’ yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.

Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.

Kesimpulannya, walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam.

SUMBER: Noor Hasnah Adam

Ilmu Firasat Melayu: Meramal Pergerakan Tubuh

Orang tua-tua zaman dahulu selalu mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua-tua  dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku, membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Kelopak mata kanan bergerak – beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak – melihat perempuan

Kelopak mata kiri ke atas bergerak – ada orang akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak – hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak = akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerakakan – berkelahi

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak – harta hendak datang

Bahu kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak – beroleh harta

Pipi kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Firasat Melayu Lama: Rahsia Tahi Lalat

1. Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun – kurang jujur
4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan – cergas dan cekap
6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri – ramai yang suka
13. Di pipi kanan – ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
16. Pada hidung – banyak rezeki
17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar
33. Buah dada kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Buah dada kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua
55. Betis kanan – suka berpoya, boros
56. Betis kiri – tidak suka menganggur
57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri – baik budi
59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri – kurang berusaha

Firasat Tentang Anjing

Anjing merupakan binatang yang sering dijadikan perumpamaan yang negatif oleh orang Melayu.  Banyak peribahasa Melayu yang merujuk anjing sebagai binatang yang tidak tahu membalas budi dan mempunyai kerendahan akhlak kerana mementingkan hawa nafsu dunia.  Lihat contoh peribahasa berikut:

  • Bagai anjing menyalak di ekor gajah bermaksud, orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
  • Anjing diberi makan nasi bilakan kenyang, bermaksud sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
  • Anjing ditepuk menjungkit ekor, bermaksud orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.
    • Anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang, bermaksud orang yang tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman).
    • Anjing itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, bermaksud orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya.
  • Anjing mengulangi bangkai bermaksud, lelaki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat).
  • Anjing tiada bercawat ekor, bermaksud sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang.
  • Bagai anjing beranak enam, bermaksud dikatakan kepada perempuan yang kurus sekali kerana melahirkan anak.
  • Bagai anjing melintang denai, bermaksud seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya.
  • Bagai anjing menyalak di ekor (di pantat) gajah, bermaksud orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
  • Bagai anjing tersepit di pagar, bermaksud seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya.
  • Bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga, bermaksud orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yang jahat.
  • Bagai disalak anjing bertuah, bermaksud tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (berkenaan anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya).
  • Melepaskan anjing tersepit (sesudah lepas dia menggigit), bermaksud menolong orang yang tidak tahu membalas budi.
  • Anjing hitam, bermaksud orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kepada umum.

Peribahasa ‘bagai anjing menyalak bukit’ bermaksud walau bagaimana pun orang jahat mengata-ngata orang yang baik, tidak akan berkesan.  Namun dalam hikayat-hikayat Melayu, anjing yang menyalak bukit juga mempunyai sejarah yang berbeza maksudnya daripada peribahasa tadi.

Dalam  hikayat dan sejarah Melayu, binatang anjing diberikan penghormatan oleh Raja-raja Melayu.  Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sesuatu negeri. Dalam Hikayat Raja Pasai, anjing buruan Merah Silu yang menyalak bukit telah mendapat perhatian Merah Silu.  Setelah diperiksa, di atas bukit itu terdapat semut yang besar-besar.  Merah Silu memakan semut besar itu dan kemudian menyatakan tempat itu sesuai untuk dibuat negeri lalu dinamakan ‘Samudera’, yang bermaksud ‘Semut Besar’.

Penemuan negeri Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan Merah Silu (sesudah memeluk Islam, bergelar Sultan Malikul Saleh) .   Anjing perburuan itu telah menyalak sebuah tanah tinggi tanpa henti.  Sultan Malikul Salleh kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu menamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi.

Dalam sejarah Melayu, penemuan negeri Melaka juga mempunyai kaitan dengan anjing Raja Iskandar Syah.  Setelah menemui sebuah tempat di Sungai Bertam dan berehat di bawah sebatang pokok yang rendang, Sultan Iskandar Syah memerintahkan orang-orangnya berburu binatang untuk dijadikan makanan.  Anjing digunakan untuk berburu binatang di hutan.  Pada ketika itulah, Sultan terpegun apabila melihat anjing buruannya dihambat pelanduk sehingga jatuh ke sungai.  Mengikut firasat Sultan, tempat itu baik untuk dibuat negeri kerana pelanduk(binatang kecil) dapat mengalahkan anjing yang jauh lebih besar dan gagah  daripadanya.  Negeri itu diberi nama ‘Melaka’ sempena nama pokok rendang tempat baginda berteduh.

Melalui kisah-kisah tersebut, nyatalah bahawa anjing digunakan sebagai binatang untuk berburu oleh raja-raja Melayu.  Anjing dianggap binatang yang tangkas, setia, berjasa dan gagah berani.

Orang Melayu juga mempunyai firasat tertentu tentang bunyi lolongan atau salakan anjing.  Sekiranya anjing melolong di sekitar kediaman kita pada waktu-waktu tertentu, ia dapat memberi suatu alamat:

6-8  Siang        –           akan beroleh keuntungan daripada perdagangan

8-10 siang       –           akan terima surat dan khabar dari jauh

10-12 Siang     –           akan bersama-sama makan dengan sanak saudara

12-2 Siang       –           akan kehilangan harta dan terpisah dengan anak bininya

2-4  Siang        –           di dalam rumah akan timbul perkara besar

6-8 malam      –           akan berbantah atau bertengkar

8-10 malam     –           perbualan di dalam rumah akan menjadi suatu permasalahan

10-12 malam   –           orang perempuan menyebabkan timbulnya pertengkaran

12-2 malam    –           akan menerima suatu perkara yang menyebabkan susah hati

2-4 malam       –           dagangannya membawa keuntungan

4-6 malam       –           akan mencari keuntungan

(Konsep masa orang Melayu membahagikan masa 12 jam siang, 12 jam malam)

Dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 176 ada mengatakan, “Dan kalau Kami kehendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijelirkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya juga.  Demikian itulah orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.  Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.”

Melalui ayat Al-Quran, dapat difahami bahawa anjing tetap menjelirkan lidahnya samada anjing itu kita kasihi atau tidak.  Tidak seperti manusia.  Perhatikan kanak-kanak, kadangkala akan marah atau merajuk dengan menjelirkan lidah kepada orang yang dimarahinya.  Namun perlakuan itu tidak pula dilakukan terhadap orang yang dikasihinya.

Kajian Saintifik membuktikan bahawa anjing tidak ada kelenjar peluh kecuali sedikit di telapak kakinya.  Justeru peluh tidak dapat keluar dengan cukup sehingga menyebabkan darjah kepanasan tubuh anjing meningkat.  Sebab itulah anjing sentiasa menjelirkan lidahnya kerana dengan menjelirkan lidah, jumlah pernafasannya bertambah dan membuka ruang alat pernafasan sehingga berupaya mengawal darjah kepanasan suhu badan.

Walaupun anjing dianggap binatang yang hina, namun anjing tetap makhluk Tuhan dan tidak boleh dianiaya.  Kisah seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi air kepada anjing jalanan menjadi bukti bahawa manusia perlu punya rasa belas dan kasih terhadap makhluk tuhan, biar apa pun darjatnya.

SUMBER: Noor Hasnah Adam

Ilmu Firasat Melayu: Bentuk Bibir Wanita

Bibir Tebal

  • Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

Bibir Kecil

  • Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.

Bibir Tipis

  • Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.

Bibir Kecil dan Sempit

  • Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.

Bibir Kehitaman

  • Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.

Bibir Pucat

  • Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.