Sinki dan lubang saliran bilik air boleh tersumbat disebabkan rambut dan bahan melekit yang terperangkap di dalamnya. Ini akan menyebabkan air mengalir dengan lebih perlahan.
1. Curahkan 1/2 cawan garam
2. Curahkan juga 1 cawan soda penaik ke dalam lubang saliran tersebut. Biarkan semalaman. Esoknya, curahkan pula 2-3 cawan air panas.
Petua Mengatasi Lubang Saliran Tersumbat
Koleksi Petua Untuk Pakaian
Agar Cucian Lebih Berkesan – Untuk mendapatkan cucian yang lebih berkesan disamping mengurangkan penggunaan sabun, rendamkan dahulu pakaian atau fabrik ke dalam air garam, sebelum dicuci dengan sabun biasa. Manfaat air garam itu ialah untuk melonggarkan kotoran supaya mudah dicuci.
Agar Pakaian Tidak Mudah Luntur – Kadang-kadang pakaian baru yang berwarna-warni akan luntur warnanya pada basuhan pertama. Untuk mencegahnya rendamkan dahulu dalam air kelapa selama satu hari.
Menghilangkan Kotoran Degil – Biasanya kita menggunakan peluntur untuk hilangkan kotoran degil, tetapi kalau tersilap langkah boleh merosakkan warna pakaian dan menjadikannya bertompok-tompok putih kehilangan warna. Sebagai alternatif, campurkan cuka dengan tepung penaik (baking soda) dan lumurkan pada bahagian pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.
Cara Memakai Pakaian Supaya Kelihatan Hebat – Semasa memakai baju atau sahaja jenis pakaian, baca ayat ini: “Nasrumminallohi wafat-hun qoriibun wabashshiril mukminiin”
Koleksi Petua Halau Semut Di Rumah
Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
Petua 2:
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Petua 3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
Petua 4:
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
Petua 5:
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
Petua 6:
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Petua Menghilangkan Bau Hapak Baju
Petua Hilangkan Tahi Lalat Di Pakaian
Petua Mengekalkan Warna Pada Pakaian
Petua Menghilangkan Warna Baju Luntur atau Turun
1. Ambil air panas dan campur dengan perahan air asam limau. Letakkan sedikit serbuk pencuci.
2. Rendam baju putih yang terkena warna selama 1 hingga 2 jam.
3. Kemudian cuci dan bilas seperti biasa.
4. Warna yang yang melekat pada baju putih akan hilang. Walaupun tidak sama seperti warna asal, tetapi tompok-tompok warna yang luntur dapat dihilangkan.