Petua Untuk Meredakan Sakit Gigi

Pilihan 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.

Pilihan 2: Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2 hingga 4 jam.

Pilihan 3: Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas.  Setelah garam melarut dan air menjadi suam, berkumur dengan air garam tersebut  sehingga sakit gigi anda reda.

Pilihan 4: Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.

Pilihan 5: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi  yang sakit. Sakit gigi akan berkurangan. .

Pilihan 6: Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Pilihan 8: Ambil daun serai dan tumbukkan  hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Pilihan 9: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

Pilihan 10: Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.

Pilihan 11: Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut  dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.

Pilihan 12: Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.

Pilihan 13: Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 14: Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.

Pilihan 15: Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 16: Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.

Pilihan 17: Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua.  Setelah itu masukkan tomato sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Pilihan 18: Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.

Pilihan 19: Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.Insyaallah berkesan .

Pilihan 20: Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Pilihan 21: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Pilihan 22: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama 1 jam.

Pilihan 23: Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai 3 hari berturut-turut.

Pilihan 24: Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Pilihan 25: Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.

 

 


Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau  menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram. Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.

 

Petua Balik ke Rumah Mertua

Suami:

  1. Bersedia untuk menolong apa sahaja keperluan (ringan tulang) jika diperlukan samaada oleh isteri, anak-anak, mertua atau adik beradiknya.
  2. Bersedia untuk ke kedai membeli barang keperluan.
  3. Mendahulukan membeli barang keperluan daripada adik beradiknya yang lain.
  4. Sentiasa bertanyakan keadaan isteri dan anak-anaknya (setiap 2 jam).
  5. Yang terawal bangun dan mengejutkan anak-anak untuk solat subuh berjamaah di masjid terdekat.
  6. Sentiasa kemas dan menjaga imej seorang suami dan pemimpin walaupun itu rumahnya sendiri.
  7. Pada hari kedua, bawa anak isteri keluar membeli-belah atau lepak-lepak.

Isteri:

  1. Susun semua bagasi (barang dan pakaian suami, isteri dan anak-anak) dibawa di satu tempat (bilik) yang sediakan agar mudah diambil dan tiada yang tertinggal nanti.
  2. Terus ke dapur untuk semak mana-mana barang keperluan yang perlu di “top up” sambil memerhatikan kedudukan simpanan segala rempah ratus dan peralatan di dapur. Serahkan pada suami untuk  membelinya dengan segera.  Jangan biarkan ayah atau maknya sendiri yang membeli.
  3. Susun strategi sentiasa berada di dapur membantu mertua. Pastikan keperluan anak-anak diselesaikan sebelum sessi dapur bermula.
  4. Jika anak perempuan boleh diharapkan, pastikan mereka juga berada di dapur membantu opahnya. Jika ada anak perempuan lagi, tugaskan yang kedua ini membasuh apa sahaja pinggan yang singgah ke sinkii.
  5. Semasa menghidang makanan, pastikan semua sudah dapat habuan masing-masing, barulah capai pinggan untuk dirinya.
  6. Jika ada perkara yang tidak suka, beri “amaran” kepada suami untuk masuk ke dalam bilik berbincang secara “rahsia”. Cuba selesai dengan bermatlamatkan “hiburkan kedua-dua mertua”.

 

Petua Kecergasan Badan

  1. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
  2. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
  3. Minum susu segar setiap hari.
  4. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
  5. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
  6. Tidur awal dan bangun awal.
  7. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.

 

Petua Untuk Mencairkan Kahak

1. Ambil 2 ketul  lengkuas dan 2 ketul halia (semuanya sebesar ibu jari). Rebus bersama daun atau kulit kayu manis beserta 300 ml air. Minum setiap pagi dan malam selama 3 hari.

2. Tingkatkan kelembapan udara dengan alat pelembap, pengewap atau sedut udara yang berkelembapkan tinggi. Ia mencairkan rembesan bronkus atau kahak.

3.  Minum banyak air.

4. Kurangkan makanan yang menyebabkan banyak lendir seperti bahan tenusu, makanan yang diproses banyak kali (seperti minyak yang lama digunakan), daging, makanan remeh, gula pasir, buah-buah manis, dan makanan daripada tepung seperti roti putih.

5. Kurangkan makanan yang menghasilkan angin seperti kacang, kobis atau kobis bunga.

 

Pilihan Petua Untuk Menghilangkan Panau

Pilihan 1: Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

Pilihan 2: Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

Pilihan 3: Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

Pilihan 4: Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

Pilihan 5: Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

Pilihan 6: Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

Pilihan 7: Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.

Pilihan 8: Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

Pilihan 9: Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

Pilihan 10: Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu.

 

Petua Untuk Membesarkan Zakar

Semasa zakar anda masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua-dua belah kaki. Tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari. Cara ini dapat membantu membesarkan saiz, memanjang, menguatkan serta mengeraskan zakar anda.

 

Betik Tingkatkan Kesuburan

Buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.

Petua Memandu Kereta Ketika Hujan

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Bahagian A

  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
  • Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
  • Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
  • Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
  • Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

Bahagian B

  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
  • Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
  • Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
  • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik
  • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
  • Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
  • Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
  • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj
  • Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju

Sumber: www.familiazam.com

 

 

 

Petua Menangani Alahan

Alahan atau alergi merupakan suatu reaksi abnormal dalam tubuh.  Elemen-elemen yang menyebabkan alergi adalah seperti  serbuk tanaman, jenis rumput tertentu, jenis pokok yang berkulit halus dan tipis,  penisilin, seafood, telur, kacang panjang, kacang tanah, susu, jagung dan tepung jagung, sengatan, bulu binatang, debu dan kutu. Ini termasuklah  perasa makanan,  pewarna dan pengawet makanan. Gejala yang mungkin terjadi akibat alergi adalah rasa gatal pada mulut, gatal pada mata, gatal pada kulit atau bahagian tubuh lainnya, sakit kepala, hidung tersumbat atau hidung meleleh, sesak nafas, sukar menelan,  bersin dan lain-lain.

PETUANYA – Ambil air panas, letakkan ke dalam satu bekas. Tumbuk 2 ruas halia dan 2 batang serai, lalu masukkan ke dalam bekas tersebut. Masukkan juga hirisan limau nipis. Tutup bekas itu supaya udara yang naik itu berkumpul. Perlahan-lahan buka penutupnya dan dengan perlahan-lahan juga sedut udara panas yang keluar dari bekas tersebut. Lakukan berulang-ulang sehingga alahan tersebut sembuh.