Petua Menghindari Rambut Kering dan Gugur

Penjagaan:

1. Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga. Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.

2. Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.

3. Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering.

Bahan Yang Sesuai:

Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian:

Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan Krim:

Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban. Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air Suam/Jus:

Pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut anda. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya 2 liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi juga mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

 

Pilihan Petua Untuk Merawat Senggugut

Petua 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang, dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi, didahulukan dengan selawat.

Petua 3 : Minum air rebusan rumput jarum  emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa  kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada  hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Petua 5 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air  teh pahit tanpa gula.

Petua Untuk Memutihkan Ketiak Hitam

Biasanya ketiak menjadi hitam apabila kita tidak berhati-hati semasa bercukur atau pun mencabut bulu ketiak. Ini disebabkan liang-liang roma membesar kalau kita tidak berhati-hati apabila mencukur bulu ketiak. Akibatnya segala kandungan yang ada dekat deodoran, bedak, atau segala yang diletakkan pada ketiak, ia akan memasuki liang-liang roma yang terbuka tadi, dan secara langsung menghitamkan ketiak anda.

Petua Untuk Mengekalkan dan Memutihkan Ketiak

  • Setiap kali anda ingin mencukur ketiak, pastikan pisau cukur itu betul-betul tajam.
  • Guna shaving cream dan bercukur pada satu arah saja.
  • Gunakan scrub secara teratur dan gosok perlahan-lahan supaya sel kulit yang mati dapat ditanggalkan. Berhenti jika terasa pedih.

Petua Menghindari Rambut Kering dan Gugur

Penjagaan:

1. Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga. Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.

2. Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.

3. Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering.

Bahan Yang Sesuai:

Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian:

Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan Krim:

Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban. Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air Suam/Jus:

Pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut anda. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya 2 liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi juga mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.

Petua Wanita Untuk Mencari Jodoh

Memilih calon suami adalah suatu keputusan yang sangat kritikal dalam kehidupan seorang wanita. Ini kerana kebahagiaan berumahtangga seluruhnya bergantung kepada lelaki yang menjadi pilihannya. Sekalipun wanita ini ditakdirkan hidup merana kerana sesuatu sebab, namun jika mempunyai seorang suami yang setia dan penyayang, dia dapat menghadapi sebarang krisis dan tragedi. Sebaliknya, betapa pun hidupnya bertuah dibaluti kemewahan, suami yang tidak bertanggungjawab akan meruntuhkan seluruh kehidupannya.

Begitulah yang dialami ramai wanita. Saban hari kita boleh membaca kisah mereka di media massa – pasangan jutawan, pasangan miskin – mempunyai kisah tragedi masing-masing dalam mengharungi hidup berumahtangga. Permulaannya yang berbunga cinta dan kasih sayang, berakhir dengan kisah ngeri lagi memalukan. Semuanya bermula daripada keputusan yang dibuat untuk memilih lelaki itu sebagai teman hidup. Apakah perkara penting yang mesti dilakukan si gadis sebelum membuat keputusan tepat memilih kekasihnya itu sebagai bakal suami?

Pertama, dia mestilah berhadapan dengan kenyataan. Dalam zaman moden sekarang, saingan terlalu hebat ‘merebut’ lelaki idaman. Wanita zaman ini tidak boleh lagi menerima apa yang diberikan kepadanya atau menunggu kedatangan putera raja seperti cerita Cinderella. Gadis yang bersikap tunggu dan lihat ini akan ketinggalan dan hidupnya menjadi sukar dari awal lagi.

Dalam masyarakat hari ini, pertemuan jodoh biasanya berlaku secara tidak sengaja, maka mengharapkan satu pertemuan yang normal seperti yang diuruskan datuk nenek kita dahulu, tidak mustahil tetapi kini jarang berlaku. Dalam suasana seperti inilah anda perlu menggunakan segala kebijaksanaan untuk menilai lelaki yang bakal menjadi suami. Semua lelaki asing adalah orang yang tidak dikenali, dengan pujuk rayu mungkin akan memerangkap anda ke dalam kancah masalah yang tidak berkesudahan. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini :

  • Saya sepatutnya sedar. Jika ikut naluri dan tidak berkata ‘Ya’ mungkin saya tidak jadi begini…
  • Apabila saya melihat permainan anak di tempat duduk belakang keretanya, saya sepatutnya sedar dia sudah mempunyai anak.
  • Apabila dia berhenti di bar untuk bertemu rakannya, sepatutnya saya sedar, dia kaki botol.
  • Apabila dia menceritakan teman sebiliknya balik ke kampung dalam perjalanan ke apartmentnya, sepatutnya saya sedar apa yang akan berlaku selepas itu.

Secara semulajadi, manusia dijadikan Allah s.w.t. dengan deria penyelamat yang membolehkan setiap orang secara spontan dan tepat menganalisis teman barunya dalam beberapa minit setelah bertemu. Setiap wanita juga mempunyai kebolehan yang sama seandainya dia melatih diri untuk membinanya. Dengan mudah dia dapat mengenali lelaki mana yang tidak boleh didampingi dan memilih lelaki terbaik daripada barisan lelaki yang baik.

Penilaian Personaliti

Setiap orang secara tidak disedari membongkar rahsia peribadinya dalam pelbagai bentuk. Setiap perkataan, tingkah laku, cara dia berpakaian, setiap tindak balas, dapat menceritakan ciri-ciri personaliti individu tersebut. Penilaian yang spontan dalam pertemuan pertama sudah boleh digunakan untuk membuat keputusan sama ada perhubungan itu boleh diteruskan atau berhenti setakat itu sahaja.

Ada 2 kategori yang menjadi petanda –  1.Hentikan  2. Berwaspada.

Tanda-tanda yang menunjukkan perhubungan itu perlu dihentikan adalah serius dan perlu diberi perhatian sekiranya anda tidak mahu menghadapi kesusahan apabila mendirikan rumahtangga nanti. Manakala tanda-tanda yang anda perlu berwaspada pula juga perlu diberi perhatian. Jika banyak tanda-tanda waspada ini, ia menunjukkan yang si gadis ini dalam keadaan berisiko tinggi.

Ada 3 ciri penting yang perlu diberi perhatian apabila anda bertemu lelaki:

  • Bentuk fizikalnya: rambut, mata, mulut
  • Pakaiannya: Seluar, baju, kasut
  • Imej tubuhnya: Perawakannya, gaya berdiri dan tangannya.

Katakan anda menghadiri satu jamuan hari terbuka dan anda terserempak dengan tetamu. Kacak, pendiam dan tersenyum simpul memandang anda. Dengan menggunakan teknik penilaian spontan, anda boleh membaca dirinya seperti anda membaca sebuah buku.

1. Rambut

Gaya rambutnya mestilah sesuai. Gaya rambut panjang atau pendek tidak kisah asalkan rambutnya sesuai. Ia mesti bersih kemas dan serasi dengan keseluruhan personalitinya.

Ciri-ciri dijauhi: Rambut diwarnakan, rambut dihitamkan di bawah usia 40-an dan rambut dikerintingkan.

Ciri Waspada: Kepala botak kerana rambut dicukur, gaya rambut yang keterlaluan

2. Mata

Ciri-ciri Dijauhi: Mata yang tidak boleh menentang mata anda menceritakan mengenai dirinya – Kamu mesti mendengar cakap saya.

Ciri Waspada: Bulu kening dicabut dan mata yang rabun tidak menggunakan cermin mata.

3. Mulut

Ia adalah ciri penting dalam membongkar rahsia dalaman.

Ciri-ciri Dijauhi: Senyuman yang tidak kena pada tempatnya atau tidak ada sebab untuk tersenyum, bercakap dari sudut bibirnya dan sudah tentulah dengan mulutnya yang herot.

Ciri Waspada: Gigi yang kotor, menggigit bibir, bernafas dengan mulut dan memainkan bibirnya.

Cara berpakaian juga boleh menggambarkan pelbagai ciri personaliti seorang lelaki. Ia sangat banyak dan untuk memudahkan pengenalan, dibahagikan kepada tiga bahagian.

1. Kasut

Ciri-ciri Dijauhi: Kasut yang sudah lusuh dan kemungkinan boleh digunakan oleh wanita.

Ciri Waspada: Kasut yang dikenakan dengan pakaian yang tidak sesuai misalnya kasut jogging dipadankan dengan kot dan kasut yang terlalu berfesyen.

2. Seluar

Ciri-ciri Dijauhi: Seluar yang terlalu ketat terutamanya di celah kelengkang dan seluar baggy. Begitu juga dengan seluar yang telah digunakan seharian di pantai perlu juga diberi perhatian.

Ciri Waspada: Seluar yang tidak dikenakan zip dengan kemas.

Penyesuaian Pakaian – Kesesuaian secara keseluruhan pakaian lelaki sangat penting diambil kira.

Ciri-ciri Dijauhi: Pakaian yang digunakan supaya kelihatan asing misalnya berpakaian T dalam majlis perkhawinan rasmi.

Ciri Waspada: Cara berpakaiannya adalah untuk menarik perhatian, tidak lebih daripada itu fesyen dan warnanya.

CARA BERJALAN – Cara lelaki berjalan dapat menceritakan bagaimana dia menjalani hidupnya.

Ciri-ciri Dijauhi: Gaya yang menyerupai lenggok wanita. Menghayunkan punggung dan bahu yang dinaik dan diturunkan, menandakan masalah besar sedang menunggu.

Ciri Waspada: Langkah keras.

CARA BERDIRI

Ciri-ciri Dijauhi: Tangan di pinggang dan sentiasa menyeluk kocek seluar serta sentiasa tunduk.

Ciri Waspada: Kedua-dua tangan di pinggang dan tidak berdiri tegak.

TANGAN

Ciri-ciri Dijauhi: Menggigit kuku, menggerakkan tangan, menggenggam dan membuka jari, menggosok-gosok tangan dan tangan yang nampak menggeletar.

Ciri Waspada: Tangan yang tidak tahu di mana hendak diletakkan, sekejap menyeluk saku, sekejap dikeluarkan dan kemudian menyeluk saku semula, begitu juga dengan tangan yang terkulai lemah dengan telapak tangannya menghadap ke belakang.

Ciri Lain: Tingkah laku pelik mengenai peribadinya yang sukar anda tentukan seperti sentiasa berpakaian hitam atau berkaca mata hitam, juga perlu diawasi.

Tingkah laku seseorang mencerminkan personaliti dalamannya. Gabungan ciri-ciri yang dinyatakan umpama nota muzik apabila digabungkan dapat melahirkan bunyian. Begitu juga ciri-ciri tadi, apabila dibaca keseluruhannya, dapat member gambaran yang jelas siapa lelaki yang anda baru kenali itu. Jika dalam pertemuan pertama  anda rasa berkenan dengan tingkah lakunya, mungkin anda bersetuju untuk membuat pertemuan yang lebih peribadi, untuk mengenali teman baru ini dengan lebih mendalam. Kemungkinan anda bercadang menjadikan dia teman hidup anda.

Melalui kaedah ini, dalam 3 atau 4 kali pertemuan, anda sudah dapat meramalkan bentuk perkahwinan anda 30 tahun akan datang. Pertemuan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menilai peribadi teman baru ini. Selain senarai tersebut, sebagai mengukuh pilihan anda selidikilah sejauh mana kekuatannya pada agama sebagai langkah terakhir menoktah sebuah pilihan hidup.

SUMBER: Dipetik

Petua Untuk Memujuk Orang Yang Merajuk

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati disebabkan orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, ataupun tidak menunaikan permintaannya. Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Kenapa Merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab:

1. Cemburu. Ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.

3. Orang Lain Lebih Hebat Dari Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Bagaimana Nak Pujuk?

1. Terangkan Perkara Sebenar. Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar,  ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang hal si dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia..

2. Bertolak-ansur dan Bijak Dalam Membuat Keputusan. Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda harus bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan Kata-Kata “manis”. Dia sedang merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat lain anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis.

4. Nyanyikan Lagu Buatnya. Pernahkah anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Apabila dia mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Petua Penyeri Muka

Petua 1:

1. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.

2. Sapukan teh tersebut ke muka. 10 minit kemudian basuhlah dengan air bersih.

Petua 2:

1.  Sapukan muka anda dengan putih telur.

2. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan air.

3. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

Petua Untuk Rambut Selembut Sutera

Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Pada esokan harinya pula, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut.Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat. Ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang.

Petua Untuk Mempunyai Badan Menarik

1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali.

2. Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3. Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4. Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.

5. Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.

6. Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.

7. Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.

8. Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.

9. Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.

Petua Untuk Anak Dara Melayu

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

1. Bangkit Bersambut
Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa = apabila jima’setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.