Khasiat Epal Untuk Jantung

Terdapat pelbagai sebab kenapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari.Mereka yang makan lebih 5 biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak memakan epal. Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan serta kulit. Buah epal merah misalnya, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena (bad cholesterol). Epal merah mengandungi kompenan likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid. Epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.

Petua Melayu Meredakan Kembung Perut

Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan ubat kembung perut. Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.

Koleksi Petua Mencegah Sakit Kepala

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala

  • Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
  • Kecederaan pada kepala/pos-traumatik
  • Berlaku jangkitan di kepala atau leher
  • Demam selsema yang biasa, influenza
  • Demam yang disebabkan oleh virus
  • Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Petua 1: Gunakan bantal yang tebal ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

Petua 2: Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

Petua 3: Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat, seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Petua 4: Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress.  Cara menghilangkannya ialah melalui senaman, meditasi atau solat.

Petua 5: Berhenti merokok sekarang. Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok, malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami.

Petua Mengatasi Sakit Kepala

Mengatasi Sakit Kepala

1.  Tidur terlentang
2. Jangan membuat gerakan di kepala,tangan atau bahagian lain.
3. Usahakan jangan memejam mata kerana ia akan membuatkan mata semakin berputar
4. Tataplah satu titik secara terus menerus sehingga mata terasa ikut berputar dan dapat dikendalikan dan goncangan dirasakan berkurangan
4.Ambil ubat sakit kepala yang disarankan oleh doktor

Mencegah Sakit Kepala

1.  Jaga pola makan sihat dengan tidak mengambil terlalu banyak makanan atau minuman yang menyebabkan sakit kepala seperti durian,tapai, minuman beralkohol dan seumpamanya.
2.  Banyakkan bersenam.

Petua Mengawal Kencing Manis

Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
– Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
– Jangkitan kuman atau kencing kotor
– Kerosakan buah pinggang
– Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

Info Mengenai Masalah Susah Tidur

Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4 – 5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-Gejala

*  Kesukaran untuk tidur.
*  Tidur yang putus-putus atau resah.
*  Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
*  Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
*  Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Apa Yang Anda Harus Buat?

1.  Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.

2.  Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.

3. Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.

4. Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.

5. Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur.

6.  Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.

7. Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.

8. Baca sebuah buku yang membosankan.

9. Dengar muzik yang lembut.

10.  Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda.

11. Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang  doktor.

Apa yang boleh dilakukan oleh doktor?

1. Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
2. Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
3. Ubat tidur, jika perlu.
4. Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. Dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur.

Petua Mengatasi Penyakit Susah Tidur

Masalah susah tidur atau insomnia  lebih banyak menyerang wanita dan  semakin tua seseorang itu, semakin mudah menghidap insomnia.  Tidak ada jumlah tidur normal yang tetap. Sesetengah orang perlu tidur selama 10 jam pada waktu malam, manakala ada yang segar dan cergas walaupun cuma tidur selama 3 jam. Masa tidur akan berkurangan apabila umur meningkat dan lazimnya orang dewasa tidur selama 7 hingga 10 jam, manakala bayi memerlukan tidur kira-kira 16 jam sehari. Golongan tua pula memerlukan tidur kira-kira 6 jam sehari. Kekurangan tidur bukanlah suatu masalah dan ia dengan sendirinya tidak dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Apa yang penting ialah mencari sebab insomnia dan cara mengatasinya.

PETUA:

1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.

2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur

3. Katil dan tilam anda mesti selesa

4. Anda perlu disiplinkan diri untuk menentukan waktu tidur dan bangun yang teratur

5. Jika anda susah tidur,  bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan

6.  Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur

7.  Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur

8. Jangan biarkan otak anda berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur

9.  Jangan fikirkan hal-hal  pejabat, bisnes, cinta dan bajet yang mungkin merunsingkan

Info Mengenai Bengkak Prostat Lelaki

Penuaan bermaksud kualiti kesihatan yang merosot. Satu daripadanya adalah masalah kelenjar prostat yang membengkak dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH). Walaupun sebab khusus BPH tidak diketahui tetapi ia kerap dikaitkan dengan faktor penuaan. Sememangnya ia masalah biasa lelaki, terutamanya yang berusia 50 tahun ke atas. Bagaimanapun, BPH bukan masalah yang tidak boleh dikawal. Mengalami BPH sangat memberi tekanan dan sepatutnya tidak dipandang ringan. Bayangkan, apabila anda terpaksa kerap berulang alik ke bilik air dan bangun malam hanya untuk membuang air kecil. Menurut pakar, jika tidak dirawat, BPH akan menyebabkan komplikasi pada masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan bagi mengembalikan kualiti hidup.

Apa Itu Prostat
Prostat ialah organ bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di dalam pundi kencing di hadapan rektum. Ia dikelilingi urat (fibrous tissue) disebut kapsul prostat. Salur kencing pula melalui prostat untuk ke pangkal pundi kencing. Tisu prostat menghasilkan antigen prostat khas dan enzim bersusu yang bergabung dengan air mani bagi membentuk air mani. Apabila BPH terjadi, saiz prostat yang membengkak akan menekan salur kencing. Ia menghalang perjalanan urin daripada pundi kencing dan menyebabkan urin kembali ke pundi kencing. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing. Rawatan setiap pesakit itu berbeza kerana ia bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami dan bagaimana simptom itu boleh menjejaskan kehidupan harian anda.

Punca BPH
Tiada sebab tepat tetapi kerana penuaan, perubahan dalam nisbah hormon testosterone dan estrogen pada seorang lelaki itu menyebabkan prostat distimulasikan. Selain itu, penuaan menyebabkan kelenjar prostat menjadi lebih sensitif kepada penurunan hormon testosterone. Kelenjar darah dalam kelenjar prostat pula menurun menyebabkan aliran darah menjadi abnormal dan kekurangan oksigen yang menyebabkan pertumbuhan sel distimulasi.

Komplikasi BPH
Masalah membuang air kecil akut – akan timbul rasa sakit untuk membuang air kecil. Bagaimanapun, bukan semua masalah ini disebabkan BPH.

Masalah jangkitan pundi kencing – menyebabkan salur kencing menjadi radang dan proses membuang air kecil sangat sakit. Ada kalanya mereka yang mengalami BPH perlu dibedah.

Batu karang – lebihan mineral yang boleh menyebabkan jangkitan, masalah pundi kencing, darah dalam air kencing atau halangan aliran air kencing .

Kerosakan pundi kencing – biasanya terjadi dalam masa yang lama kerana pundi kencing tidak dikosongkan secara sempurna. Dinding otot pada pundi kencing mengembang, lemah dan tidak boleh mengecut secara sempurna.

Kerosakan buah pinggang – boleh terjadi kerana kekerapan jangkitan dan masalah membuang air kencing yang akut.

Selain itu, BPH mungkin menyebabkan bengkak pada struktur pengumpulan air kencing (hydronephrosis) pada satu atau kedua-dua buah pinggang kerana urin bertakung di dalam buah pinggang.

Rawatan BPH
Pemerhatian – memerlukan pemeriksaan yang kerap bagi memantau masalah yang dihidapi.

Ubat-ubatan misalnya ubat penyekat (alpha blocker) boleh diambil secara oral dan bertindak merehatkan otot dalam prostat.

Pembedahan perlu dilakukan jika ubat tidak berkesan. Ada lima jenis pembedahan dan doktor akan menasihatkan jenis pembedahan yang sesuai mengikut keadaan pesakit.

Simptom BPH
* Aliran urine yang lemah
* Susah untuk membuang air kecil
* Kencing yang tersekat-sekat
* Kerap membuang air kecil
* Kekerapan membuang air kencing pada waktu malam
* Terasa terdesak untuk kencing
* Tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara sempurna
* Darah dalam air kencing
* Masalah jangkitan pundi kencing

Petua Untuk Sakit Kaki

Jika anda terasa sakit  di bahagian kaki seperti lenguh lutut, sakit tumit, lenguh-lenguh kaki sebelah samaada bahagian kanan atau kiri atau sebagainya, biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu,  tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi. Amalkanlah.

eSenaman: Untuk Kempiskan Perut

Lakukan senaman berikut untuk mengempiskan perut anda:-

1. Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.

2. Selain itu, amalkan juga memakan satu biji tomato yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.