Petua Bayi Kelihatan Pucat, Tidak Bermaya dan Letih Lesu

Rebus segenggam daun dan akar inai hingga air rebusan menjadi kekuningan kira-kira 15 minit. Tapis dan biar suam sedikit. Minum air rebusan inai setiap pagi dan malam sambil berselawat. jika diamalkan selalu, wajah bayi akan bertukar menjadi kemerah-merahan dan berseri.

Petua Membawa Bayi Naik Kapal Terbang

    1. Pastikan bayi anda diberi tali pinggang keledar bayi yang mana sambungan kepada tali pinggang anda.
    2. Jika anda boleh memilih kerusi penerbangan, sila ambil ruangan yang selesa seperti ruangan depan atau tengah pesawat. Pastikan anda berada di barisan tepi laluan untuk memudahkan anda jika perlu ke tandas.
    3. Sediakan susu atau makanan kegemaran semasa dalam penerbangan.
    4. Sediakan juga mainan jika anak anda telah bosan atau rasa tidak selesa. Ini bertujuan untuk menarik perhatiannya.
    5. Bawa juga bersama plastik muntah sebagai persediaan jika anak anda mabuk kapal terbang.
    6. Pakaikan pakaian lebih tebal atau bawa selimut untuk mengelak dari kesejukan.
    7. Gunakan penutup telinga anak anda untuk mengelakkan sakit telinga semasa berlepas atau mendarat. Perubahan tekanan akan menyebabkan telinga berdengung.
    8. Jika anak anda tidur, lebih mudah untuk anda menaiki pesawat.

     

Petua Kembung Perut, Perut Masuk Angin atau Senudung

Pilihan 1: Ambil 3 helai daun mengkudu yang muda dan sapukan sedikit minyak kelapa. Seterusnya, layurkan ke atas api selama 2 minit. Lepas itu, tekapkan kepada perut anda. Hasilnya, angin dalam perut anda akan hilang.

Pilihan 2: Ambil 2 ulas bawang putih, kemudian, bakar hingga separuh masak. Selepas itu, kupas kulitnya dan makanlah bawang tersebut. Hasilnya, dalam masa beberapa minit sahaja, angin dalam perut akan berkurangan (keluar) dan anda akan berasa lebih selesa.

Petua Untuk Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid, bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

Petua Agar Bayi Berhenti Menyusu

Apabila anak meningkat usia 2 tahun ke atas, agak sukar untuk berhenti menyusu badan. Ambil satu sudu teh garam dan larutkan ke dalam air masak. Sapu di sekeliling payudara anda dan lakukan setiap hari.

Petua Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang

1. Berehat secepat mungkin.

2. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki.

3. Kemudian selimut tebal hingga berpeluh.

eMedik: Mengapa Haid Anda Lewat?

Tekanan – Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.

Masalah Kesihatan – Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid anda.

Ubatan – Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan Hormon Prolaktin – Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu Badan – Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah Tiroid – Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk – Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu Kurus – Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap Kira – Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos – Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegahan Hamil – Sekiranya anda baru sahaja mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah penyebab haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Oleh itu, jangan risau.

Hamil – Anda disahkan hamil. Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat?

Sekiranya anda hamil, buatlah temujanji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

 

 

 

Khasiat Pucuk Tenggek Burung

Pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat. Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tengek burung kecil berwarna hijau kelabu.

1. Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan.

2. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim.

3. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.

4. Ia juga boleh melambatkan keluar mani lelaki , lebih menegangkan zakar dan menjadikan zakar lebih sensitif.

5. Ia juga menyegarkan badan. Badan rasa ringan sedikit.

 

Petua Menghilangkan Bau Busuk Puting

Jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan masih lagi menyusu dengan menggunakan botol dan puting, tentu anda sering menghadapi masalah puting botol yang berbau. Walaupun anda telah cuba menghilangkan baunya yang masam dan mual itu hingga tidak digemari oleh bayi, tetapi anda masih tidak berjaya. Rendamkan puting botol dalam air panas, kemudian bubuh garam masak secukupnya. Rendam beberapa minit hingga kekotorannya hilang.