Rebus segenggam daun dan akar inai hingga air rebusan menjadi kekuningan kira-kira 15 minit. Tapis dan biar suam sedikit. Minum air rebusan inai setiap pagi dan malam sambil berselawat. jika diamalkan selalu, wajah bayi akan bertukar menjadi kemerah-merahan dan berseri.
Petua Membawa Bayi Naik Kapal Terbang
- Pastikan bayi anda diberi tali pinggang keledar bayi yang mana sambungan kepada tali pinggang anda.
- Jika anda boleh memilih kerusi penerbangan, sila ambil ruangan yang selesa seperti ruangan depan atau tengah pesawat. Pastikan anda berada di barisan tepi laluan untuk memudahkan anda jika perlu ke tandas.
- Sediakan susu atau makanan kegemaran semasa dalam penerbangan.
- Sediakan juga mainan jika anak anda telah bosan atau rasa tidak selesa. Ini bertujuan untuk menarik perhatiannya.
- Bawa juga bersama plastik muntah sebagai persediaan jika anak anda mabuk kapal terbang.
- Pakaikan pakaian lebih tebal atau bawa selimut untuk mengelak dari kesejukan.
- Gunakan penutup telinga anak anda untuk mengelakkan sakit telinga semasa berlepas atau mendarat. Perubahan tekanan akan menyebabkan telinga berdengung.
- Jika anak anda tidur, lebih mudah untuk anda menaiki pesawat.
Petua Kembung Perut, Perut Masuk Angin atau Senudung
Pilihan 1: Ambil 3 helai daun mengkudu yang muda dan sapukan sedikit minyak kelapa. Seterusnya, layurkan ke atas api selama 2 minit. Lepas itu, tekapkan kepada perut anda. Hasilnya, angin dalam perut anda akan hilang.
Pilihan 2: Ambil 2 ulas bawang putih, kemudian, bakar hingga separuh masak. Selepas itu, kupas kulitnya dan makanlah bawang tersebut. Hasilnya, dalam masa beberapa minit sahaja, angin dalam perut akan berkurangan (keluar) dan anda akan berasa lebih selesa.
Petua Untuk Membentuk Bibir Yang Menarik
Sebelum bersolek, bersihkan bibir anda terlebih dahulu dengan “cleanser” dan tonik. Kemudian pakailah pelembab ke seluruh wajah termasuklah leher. Setelah memakai pelembab, pakailah “foundation” ke seluruh muka termasuk bibir. Khusus pada bahagian bibir, anda boleh bentuk dengan menggunakan pensil lipstik. Kemudian barulah sapu lipstik ke seluruh bibir. Hasilnya, bibir anda menjadi indah dan menarik.
Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit), biarpun berjam-jam di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.
3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
Petua Membersih dan Memutihkan Wajah
1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu batu muda dan bersihkannya.
2. Tumbuk sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.
3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tersebut pada muka anda.
4. Lakukan langkah no.3 sekurang-kurang dalam 5 minit.
5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut. Jadikan proses ini sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.
Petua Payudara Pejal, Gebu dan Montok
Terdapat segelintir wanita yang mahu payudara yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, payudara adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan payudara yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya. Payudara anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima ia, jaga dan belai payudara itu sebaiknya.
1. Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz payudara. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.
2. Jangan terlalu besar sehingga payudara tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa. Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baharu. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik, pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.
3. Untuk memastikan coli yang sesuai, sewaktu mencuba, lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.
Petua Merawat Sakit Tumit Kaki
Biasanya orang yang sudah berusia sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan sahaja menyukarkan berjalan tetapi juga ketika berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu.
Petua Untuk Kurus dan Langsing
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Menu Mingguan Untuk Turunkan Berat Badan
Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat dan susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai dan dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dan susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang dan kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai dan dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup – lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo – lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) dan susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong
Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich – roti mil penuh tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam – lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad
Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren