eMedik: Info Mengenai Kolesterol

Kebanyakan kanak-kanak dan remaja mempunyai kadar kolesterol normal. Walaupun begitu,kanak-kanak dan remaja masih boleh mengalami paras kolesterol tinggi. Faktor yang mempengaruhi paras kolesterol tinggi peringkat awal ialah faktor keturunan. Keadaan ini dipanggil Hiperkolesterolemia Familial.

Saringan pemeriksaan kolesterol.

Anda mungkin tidak sedar kolesterol anda tinggi sehingga anda melakukan ujian darah kolesterol.

Penting membuat pemeriksaan kolesterol sekiranya:

Anda mempunyai riwayat keluarga penyakit jantung dan kolestrol tinggi

Bagaimana pemeriksaan kolesterol dalam darah dibuat?

Terdapat dua kaedah ujian kolestrol boleh dilakukan.

  • Ujian darah “Total cholestrol screening”. Setitis darah anda dititiskan ke atas kertas khas dimasukkan ke dalam mesin kecil ujian kolesterol.

Anda akan memperoleh keputusan ujian darah kolestrol dalam beberapa minit sahaja.

  • Ujian darah kolesterol penuh. Darah diambil dari pembuluh vena.

Darah tersebut akan dihantar ke makmal dan keputusan akan diterima selepas beberapa jam atau keesokan harinya.

Bilakah waktu sesuai untuk menjalani pemeriksaan darah kolesterol?

Anda boleh membuat ujian semada sebelum atau selepas makan. Kebiasaannya doktor anda akan menyuruh anda berpuasa semasa membuat ujian ini.

Di manakah anda boleh membuat pemeriksaan darah kolesterol tersebut?

Anda boleh membuat pemeriksaan darah kolesterol di:

  1. Klinik-klinik Kerajaan atau Hospital Kerajaan
  2. Hospital-Hospital swasta
  3. Klinik-klinik swasta
  4. Makmal persendirian
  5. Kedai farmasi

Apakah ciri ciri kolesterol tinggi dalam darah anda?

Nilai kolesterol darah diukur dalam unit millimols setiap 1 liter iaitu mmol/l:

  • Kolesterol normal

Jika keputusan di bawah 5.2 mmol/l bermakna keputusan darah kolesterol anda di tahap selamat

  • Kolesterol dalam darah tinggi

Jika anda memperoleh keputusan darah antara 5.2 hingga 7.5mmol/l, bermakna paras kolesterol

anda tinggi dan perlu menurunkan kolesterol anda ke paras normal. Amalkan diet rendah kolesterol.

  • Hiperkolesterolemia familial

Paras kolesterol dalam darah melebihi 7.5 mmol/l, Kadar kolesterol ini sangat tinggi.

Keadaan ini dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial. Anda perlu mengambil ubat anti kolesterol dan mengamalkan diet rendah kolesterol.

Apakah yang perlu anda lakukan jika anda mempunyai gejala kolesterol tinggi?

Anda perlu menurunkan kolesterol ke paras selamat.

Cara mengurangi kolesterol dalam darah anda.

  1. Mengambil makanan atau diet rendah kolesterol
  2. Berat badan anda diwajibkan dalam lingkungan berat badan unggul
  3. Mulakan program senaman harian
  4. Ikut temu janji doktor yang telah ditetapkan.

Adakah anda sedar bahaya kolesterol?

Semakin anda berumur, paras kolesterol dalam darah akan meningkat dan boleh menyebabkan:

  • Serangan jantung
  • Angin ahmar (Strok)
About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies