eMedik: Punca Angin Dalam Badan

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan? – Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin? – 1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

Kacang

Sayuran seperti brokoli

Kobis

Taugeh

Bawang

Asparagus

Buah-buahan seperti pear, epel dan peach

Bijirin seperti roti gandum

Minuman ringan dan jus buah

Susu dan produk daripada susu dan keju

Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

2. Banyakkan minum air kosong.

3. Kurangkan udara yang anda sedut.

4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.

2. Hiris bawang putih nipis-nipis.

3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.

4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

About Farit Ismeth Emir

Comments

  1. no.3 – kurangkan udara yang disedut???nak bg mampos  tak bagi oksigen…

    • Ehehehe..lawak lak dengar. padahal maksud dia mungkin lain. (Aku pun tak paham…soh jgn bernapas kot mulut kot..)

  2. hang_jebat says

    Lilyy,
    maksud tuan admin, udara yg disedut masuk kedlm perut tu.. amboi sdapnye bahasa u..

  3. yg no 2 tu tak berapa faham. leh jelaskan…?

  4. hehehe very funny, jgn sedut udara,..kemam jer tehehe

  5. admin salah taip tu..huk huk..mgkin maksud dia kurang terdedah dengan udara-udara sejuk..mcm udara malam..atau dlm ekon..atau angin petang yang banyak bertiup2 tu…itu bila kita menyedut udara dlm angin2 tu..banyakla angin masuk dlm badan

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies