eMEDIK: Punca Sakit Belakang

Kurang senaman – Otot yang menyokong tulang belakang perlu dilatih dengan senaman dan regangan agar kekuatan otot itu dapat dikekalkan.

Stres – Stres boleh menyebabkan otot belakang menengang dan hilang keseimbangan badan. Ini boleh mencederakan belakang anda.

Kegemukan – Perut yang besar atau buncit akan memberi beban kepada tulang belakang dan menegangkan abdomen anda.

Tersalah urat belakang РIni boleh terjadi sekiranya anda membuat sesuatu dengan cara dan postur yang salah. Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

Piring ruas tulang belakang tergelincir – Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies