Info Mengenai Masalah Susah Tidur

Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4 – 5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-Gejala

*  Kesukaran untuk tidur.
*  Tidur yang putus-putus atau resah.
*  Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
*  Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
*  Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Apa Yang Anda Harus Buat?

1.  Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.

2.  Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.

3. Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.

4. Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.

5. Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur.

6.  Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.

7. Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.

8. Baca sebuah buku yang membosankan.

9. Dengar muzik yang lembut.

10.  Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda.

11. Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang  doktor.

Apa yang boleh dilakukan oleh doktor?

1. Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
2. Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
3. Ubat tidur, jika perlu.
4. Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. Dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur.

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies