Khasiat Bawang Merah dan Bawang Putih

1. Pening Kepala – Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot – Ambil 3 ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. Demam Selsema – Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari. Minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. Susah Hadam – Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu. Bawang tersebut haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. Amalkan selalu.

5. Serangan Angin – Campurkan air perahan bawang merah 1/2 cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing – Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

About Farit Ismeth Emir

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies