Petua Mengawal Cemburu Suami Isteri

1. Jika pasangan anda mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin anda tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati anda. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta anda.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan anda tentang perasaan cemburunya.

About Farit Ismeth Emir

Comments

  1. bagaimana jika si suami terus terusan menuduh isteri & tidak mendengar penjelasan isteri? sikap panas barannya menyemarakkan lg api cemburunya? sy hny mampu berdoa moga Allah tunjukkan kebenaran. apa perlu sy buat?

  2. Tn, Saya tertarik dengan article tuan. Saya nak berkongsi dengan pembaca pasal seorang kawan saya yang hampir musnah rumahtangga gara-gara FB.

    Inilah alat komunikasi mutakhir ini yang memungkinkan pasangan seseorang berfoya-foya dengan orang lain. Spt kawan saya, isterinya rupa-rupanya dah 4 bulan berfoya-foya dengan kekasih masa sekolah melalui FB, bertemu kembali dalam FB, sehingga ke tahap ‘internet sex’.

    Jadi siapa kata duduk rumah walaupun nampak ok, tak boleh berfoya-foya…Fikir2kanlah.

Speak Your Mind

*

Click here to get the Free Goodies